Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

ππ„πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π 𝐏𝐄𝐖𝐀𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 & π“π€π‘πˆπŠπ‡ πŠπ”π€π“ πŠπ”π€π’π€

𝐏𝐄𝐑𝐀𝐓𝐔𝐑𝐀𝐍-𝐏𝐄𝐑𝐀𝐓𝐔𝐑𝐀𝐍 π’π”πŒππ„π‘ π€πˆπ‘ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 (ππ„ππ†πŠπŽπŒππ€π”ππ€π πŠπ„π’π€π‹π€π‡π€π) πŸπŸŽπŸπŸ‘

ISNIN, 24 JULAI 2023 – Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) sentiasa mengambil langkah proaktif melalui penggubalan dasar, pematuhan undang-undang dan penguatkuasaan yang berterusan bagi tujuan mengawal selia sumber air Negeri Terengganu secara mapan dan berkesan.

Untuk merealisasikan matlamat tersebut, Peraturan-Peraturan Sumber Air Terengganu (Pengkompaunan Kesalahan) 2023 telah digubal sebagai salah satu mekanisme kawalan yang memperincikan dan menyempurnakan kaedah pengkompaunan kesalahan di samping untuk memudahkan tugas-tugas dan tindakan-tindakan penguatkuasaan oleh Pegawai Diberi Kuasa LAUT.

PSAT-PK 2023 telah diwartakan sebagaimana butiran berikut :-

No. Warta : Warta No. 25, Tambahan No. 1

Tarikh Siar Warta : 22 Jun 2023

Sejajar dengan pewartaan tersebut, selaras dengan subperaturan 1 (2) Peraturan-Peraturan Sumber Air Terengganu (Pengkompaunan Kesalahan) 2023, Pihak Berkuasa Negeri telah menetapkan 1 Januari 2023 sebagai tarikh permulaan kuat kuasa bagi Peraturan-Peraturan Sumber Air Terengganu (Pengkompaunan Kesalahan) 2023 tersebut.

Mana-mana pihak yang ingin mendapatkan sesalinan Peraturan boleh berhubung dengan Syarikat Percetakan Nasional Berhad bagi urusan pembelian.