Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

Notices

Notis Perundangan

Notis Perundangan

Berikut merupakan Penafian kepada Portal Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) :
Anda hendaklah memahami dan bersetuju bahawa Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) tidak terlepas melakukan kesilapan dalam portal ini. Penggunaan anda ke atas Perkhidmatan adalah sepenuhnya di bawah tanggungan dan risiko anda sendiri. Perkhidmatan disediakan asasnya secara “SEKADAR YANG ADA” (“AS IS”) dan “SEKADAR YANG DAPAT” (“AS AVAILABLE”). Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) sepenuh-penuhnya dan sejelas-jelasnya menafikan semua jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada yang dinyatakan atau dilaksanakan. Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) tidak memberi jaminan bahawa;

  • Portal Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) tidak terganggu dan bebas daripada kesalahan.
  • Kesahihan dan ketepatan isi kandungan, maklumat, perkidmatan atau lain-lain material yang disediakan.
  • Portal Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT), perkhidmatan atau E-mel yang dihantar daripadanya atau yang mewakilinya bebas daripada virus dan komponen yang merosakkan.

Anda juga dingatkan bahawa Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) tidak terlepas daripada tersilap disebabkan kelemahan portal, oleh itu anda dingatkan sebarang material yang dipindah terima atau diperolehi dengan lain-lain cara menerusi penggunaan perkhidmatan yang disediakan adalah dilakukan dengan kehendak diri anda sendiri sepenuhnya dan bahawa anda hendaklah sepenuhnya bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan terhadap sistem komputer, kehilangan data akibat daripada pindah terima sebarang material berkenaan sama ada disebabkan oleh bencana alam, kegagalan komunikasi, pencurian, dan ketidakupayaan untuk mencapai rekod, aturcara komputer atau perkhidmatan oleh Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT).

Dasar Keselamatan

Dasar Keselamatan

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Polisi Dan Privasi

Polisi Dan Privasi

“Berikut merupakan Polisi dan Privasi :

Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) tidak akan menggunakan / mendedahkan maklumat peribadi anda untuk apa saja tujuan tanpa persetujuan anda. Maklumat peribadi anda akan digunakan untuk makluman sebarang pertanyaan, mengendalikan aduan, menyediakan notis operasi, penyimpanan rekod dan pemberitahuan berkenaan dengan pembelian anda.

Portal kami juga menjadi penghubung kepada lelaman lain dan portal pihak ketiga. Capaian anda ke lelaman ini tertakluk kepada amalan polisi privasi mereka. Walaupun kami menyokong privasi di internet, Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) tidak bertanggungjawab atas sebarang tindakan oleh lelaman pihak ketiga. Kami menggalakkan anda untuk membaca polisi privasi di setiap lelaman yang anda capai, sama ada yang anda capai melalui portal kami atau portal yang anda capai sendiri.

Institusi kewangan pihak ketiga mengendalikan gerbang pembayaran Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT). Institusi ini menerima bayaran dan maklumat pengenalan diri hanya untuk menentusahkan pengguna dan proses transaksi. Ini adalah amalan piawai untuk tujuan keselamatan.

Penafian

Penafian

Penafian : Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.