πππππππππ πππππππ ππππππππππππ πππππ πππππ πππππ ππππππ (ππππππ)
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bahan Cemar Baharu (JKKBCB) yang diterajui oleh Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah bersidang buat julung kalinya pada 15 Januari 2025. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketua Pengarah NAHRIM, Yang Berbahagia Datoβ Ir Mohd Zaki bin Mat Amin.
Mesyuarat JKKBCB ini merupakan hasil persetujuan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JK KAS) Bil.2/2024 dan Majlis Air Negara Keenam 2024 yang dibentuk bagi memperkukuh pengurusan dan penyelidikan berkaitan bahan cemar baharu dalam sumber air di Malaysia.
Mesyuarat JKKBCB ini telah dihadiri oleh pemegang taruh daripada pelbagai kementerian, agensi kerajaan, kerajaan negeri dan institusi pengajian tinggi. Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) melalui Pegawai Sains, Cik Norazida binti Manan turut hadir ke mesyuarat tersebut.
βπ πππ ππ πππ πβ
#TerengganuMajuBerkatSejahtera





