Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

ππ„ππ†πŠπ„π‹ πŠπ€π‰πˆπ€π πŠπ„π“π„π‘π‰π€πŒπˆππ€π π’π”πŒππ„π‘ ππ„πŠπ€π‹π€π π€πˆπ‘ 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 πŠπ„π‹π„π’π“π€π‘πˆπ€π πˆππƒπ”π’π“π‘πˆ ππ„π“π‘πŽπŠπˆπŒπˆπ€ 𝐃𝐀𝐍 π‡πˆπ‹πˆπ‘π€π 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 ππˆπŽππŽπ‹πˆπŒπ„π‘

Umum tahu kebergantungan ekonomi negara ini terhadap industri petrokimia. Ramai juga yang sedar Terengganu telah turut menyediakan kawasan Kerteh, Paka dan Kemaman bagi menyokong industri ini. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa Sungai Dungun merupakan aset terpenting yang menggerakkan industri tersebut agar kekal beroperasi lancar.

Bertindak untuk kepentingan awam, kerajaan negeri Terengganu bersama-sama dokongan berbagai agensi, terutamanya Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN) telah mengadakan Bengkel Kajian Keterjaminan Sumber Bekalan Air Terhadap Kelestarian Industri Petrokimia Dan Hiliran Serta Biopolimer pada 26-27 Oktober 2024 melalui anjuran LAUT selaku pemacu utama inisiatif ini.

Objektifnya adalah ringkas; melalui ECERDC (Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur), Kerajaan Negeri berusaha untuk memperolehi peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk mengekang apa jua ancaman ke atas sumber air yang amat diperlukan oleh bukan sahaja industri petrokomia tersebut, malah seluruh wilayah industri berhampiran yang turut melibatkan negeri Pahang (Pekan-Kuantan-Kemaman-Dungun-Jerantut, PAKADJ).

Menyedari kepentingan isu yang perlu ditangani, YBhg. Dato’ Baidzawi Che Mat (Ketua Pegawai Eksekutif ECER) bersama Puan Safura Mad Juhari (Pengarah Sumber Air Terengganu), Encik Mohd Nasir Kasim (Timb. Pengarah, Sektoral-UPEN) dan disertai pegawai-pegawai agensi negeri telah menyelusuri sendiri Sungai Dungun bagi melihat ancaman-ancaman sedia ada. Perbincangan yang kemudiannya turut disertai oleh YBhg. Dato’ Tun Faisal bin Tun Abdul Razak (Pengarah UPEN) diharapkan mampu membuahkan cadangan yang cukup utuh bagi mengekalkan signifikan Sungai Dungun dalam pentas ekonomi negara.

East Coast Economic Region Development Council

“π…π‹πŽπ– πŽπ… π‹πˆπ…π„”

#LembagaSumberAirTerengganu

#TerengganuMajuBerkatSejahtera

#BengkelKeterjaminanSumberBekalanAir