𝐋𝐀𝐔𝐓, 𝐋𝐔𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐀𝐋𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐓𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈
Lembaga Sumber Air Negeri Terengganu (LAUT) telah menerima kunjungan delegasi LUAS bagi Program Transformasi Ilmu Jawatankuasa Pengurusan Jeti Negeri Selangor Ke Terengganu yang diketuai Pengarah LUAS, YBrs. Ts. Tuan Haji Hasrolnizam bertempat di Dewan Rajawali I, Duyong Marina & Resort.
Program transformasi ilmu ini menyasarkan peningkatan kefahaman dan kesepakatan kedua agensi sumber air ini dalam menguruskan struktur di badan air termasuk jeti-jeti pelbagai guna agar tidak memberi implikasi kepada pengguna sumber air yang lain namun masih kekal memacu perkembangan ekonomi negeri.
Semoga perkongsian ini dapat memberi nilai tambah yang positif terutamanya kepada delegasi LUAS bahkan juga kakitangan LAUT dan kerjasama yang baik ini akan diteruskan kelak.
“𝐅𝐋𝐎𝐖 𝐎𝐅 𝐋𝐈𝐅𝐄”