𝐒𝐈𝐌𝐏𝐎𝐒𝐈𝐔𝐌 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐀𝐈𝐑
Program Simposium Sumber Air telah diadakan buat kali pertama sejak penubuhan Lembaga Sumber Air Terengganu sebagai satu platform perkongsian untuk berkongsi maklumat berkenaan sumber air antara semua bahagian.
Setiap Bahagian dan Unit disediakan slot untuk berkongsi dapatan bengkel, kursus atau isu-isu dan cabaran dari Unit masing-masing. Hasil yang diharapkan daripada platform ini adalah peningkatan ilmu warga LAUT berkenaan sumber air dari aspek saintifik, operasi, politik, pentadbiran, perundangan dan kewangan.
Simposium ini akan kembali dengan maklumat yang lebih terkini dan penyertaan yang lebih meluas.
“𝐅𝐋𝐎𝐖 𝐎𝐅 𝐋𝐈𝐅𝐄”
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
Simposium Sumber Air Kali Pertama