𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐀𝐈𝐑 (𝐁𝐊𝐒𝐀) 𝟐𝟎𝟐𝟑
Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka telah mengadakan Bengkel Pemantapan Penguatkuasa Badan Kawal Selia Air (BKSA) 2023 bertempat di Pacific Regency Hotel Suites, Kuala Lumpur bertujuan bagi meningkatkan kefahaman serta kemahiran dalam menjalankan bidang tugas penguatkuasaan dan perundangan.
LAUT juga mengambil peluang ini untuk turut serta menyertai bengkel yang telah diadakan melalui wakilnya iaitu Puan Safura binti Mad Juhari (Pengarah Sumber Air Terengganu), bersama-sama beberapa orang wakil jabatan daripada Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Perundangan dan Bahagian Pembangunan.
Bengkel ini berbentuk perkongsian maklumat di mana penceramah jemputan yang terdiri daripada wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), HAZMAT, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka (PPUUNM) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkongsi ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek bagi merangka dan merancang pengurusan penguatkuasaan yang lebih efektif dan efisien bagi memainkan peranan dalam menjaga ketersediaan air mentah yang berkualiti dan mencukupi.
|𝐑𝐚𝐛𝐮 | 𝟏𝟑 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟑| 𝟐𝟕 𝐒𝐚𝐟𝐚𝐫 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇|