Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π πŠπŽππ“πˆππ‰π„π π‹π„πŒππ€π†π€ π’π”πŒππ„π‘ π€πˆπ‘ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 (𝐋𝐀𝐔𝐓) π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ‘ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) buat julung kalinya turut menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-66 Tahun 2023 Peringkat Negeri Terengganu.

Majlis yang disambut cukup meriah bermula di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan berakhir di Dataran Shahbandar meliputi jarak sejauh 4.3 KM.

Bertemakan β€œMalaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”, kemeriahan sambutan yang gah dan penuh warna-warni ini dihadiri pelbagai lapisan masyarakat.

Terima kasih dan tahniah kepada semua kakitangan LAUT yang memberi komitmen penuh dan kerjasama yang baik bagi memastikan kelancaran perbarisan kali ini.

|𝐊𝐑𝐚𝐦𝐒𝐬 | πŸ‘πŸ 𝐎𝐠𝐨𝐬 πŸπŸŽπŸπŸ‘| πŸπŸ’ π’πšπŸπšπ« πŸπŸ’πŸ’πŸ“π‡|