PERMOHONAN BAHARU LESEN PENGABSTRAKAN AIR (LPA) DAN LESEN AKTIVITI PENGGUBAHAN SUMBER (LAPS) LEMBAGA SUMBER AIR TERENGGANU MELALUI SISTEM eLIS SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) KINI DIBUKA
Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) telah membangunkan sistem eLIS bagi permohonan lesen atas talian (online).
Bermula 11 Oktober 2022, pemohon boleh membuat permohonan lesen secara atas talian melalui Sistem eLIS LAUT menggunakan pautan http://elis.laut.gov.my atau imbas kod QR seperti yang tertera dalam poster. Pemohon boleh membuat permohonan bagi lesen-lesen sebagaimana berikut;
i. Lesen Pengabstrakan Air (Permukaan) (LPA) (P);
ii. Lesen Pengabstrakan Air (Tanah) (LPA) (T);dan
iii. Lesen Aktiviti Penggubahan Sumber (LAPS).
Sehubungan dengan itu, LAUT tidak lagi menerima permohonan baharu lesen secara manual.
𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈𝐌𝐀𝐍𝐀 𝐉𝐈𝐊𝐀 𝐒𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐆𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐀𝐃𝐀 𝐀𝐓𝐀𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐒𝐀𝐘𝐀 𝐒𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐒 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐋𝐀𝐔𝐓?
Anda akan didaftarkan secara automatik ke dalam sistem eLIS. Anda akan menerima pautan untuk log masuk ke sistem eLIS melalui emel masing-masing. Sila ikuti langkah-langkah sebagaimana dalam emel untuk log masuk sistem. Anda juga boleh membuat permohonan untuk pembaharuan lesen melalui sistem eLIS.
Bagi pemohon yang belum mengembalikan borang yang diisi secara manual, anda tidak perlu daftar dan mohon melalui sistem eLIS. Anda boleh menggunakan borang permohonan tersebut dan hantar kepada LAUT untuk diproses.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Pelesenan di talian 011-3749 3746.