Program Hand-On River Suveyor Sontek Di Tempat Pengambilan Pasir Sungai

Umum tahu pemulihan dan pengekalan kualiti sumber air dalam standard yang tinggi adalah misi utama penubuhan LAUT. Oleh itu, dalam memastikan warga Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) kekal berkemahiran tinggi dan berpengetahuan dalam mengawal kualiti sumber air negeri, LAUT telah menghadiri satu program yang telah dianjurkan oleh JPS Negeri Terengganu yang bertujuan untuk mempelajari penggunaan alat River Surveyor Sontek bertempat di Tempat Pengambilan Pasir Sungai.

Program pada 24 Mei 2022 (Selasa) ini memberi pendedahan kepada pegawai LAUT tentang tatacara penyukatan kadar alir sungai. Alat canggih ini juga mampu memeta profil sungai melalui pengukuran keratan rentas secara βReal-Time Dataβ.
Program yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pembangunan), YBrs. En Osman bin Abdullah ini turut membolehkan pihak LAUT membina jaringan kerjasama dalam pengawalan kualiti sumber air dengan wakil-wakil agensi lain yang dijemput seperti Pejabat Tanah Dan Galian (PTG), Unit Perancangan Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN), Pejabat Tanah dan Semua JPS Ibu Pejabat dan Daerah.
LAUT amat menghargai pendedahan ini dan berhasrat untuk terus memacu perkembangan pengetahuan melalui siri kerjasama di masa hadapan.
