Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

LAUT Teruskan Penguatkuasaan

En. Rozaimi, Pegawai Penguatkuasa LAUT bersama anggota beliau, En Khairil, merapati pengusaha untuk berkongsi tentang mesej yang LAUT cuba ketengahkan.

Untuk terus memastikan undang-undang yang menjadi tunjang pertubuhan LAUT terus dilaksanakan, Bahagian Penguatkuasaan secara berterusan turun menelusuri setiap kawasan negeri Terengganu untuk memeriksa aktiviti yang ada dijalankan berdekatan dengan sumber air negeri.

Namun, memandangkan Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020 dan Peraturan-Peraturan Pengabstrakan Air dan Aktiviti Penggubahan Sumber 2021 baru sahaja diwartakan, LAUT sedar bahawa kedua undang-undang ini masih belum cukup dikenali oleh rakyat awam dan pemain industri. Oleh itu, Bahagian Penguatkuasaan memainkan peranan untuk menyebarluaskan kewujudan dan fungsi peraturan baharu ini serta keperluan ke atas pelaksanaanya.

Oleh itu, Encik Rozaimi, selaku Pegawai Penguatkuasa LAUT, turun merapati pengusaha untuk memberi penjelasan ini agar pelaksanaannya kelak adalah tidak terhalang serta kesedaran awam makin meningkat selaras dengan niat enakmen ini.

Pasukan penguatkuasaan yang disertai oleh Encik Zaid , Encik Ridhuan dan Encik Khairil, berteduh sementara setelah melakukan lawatan ke atas tapak perusahaan pasir sungai.