Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

Sumber-Sumber Dikawalselia LAUT

Umum mengetahui air melitupi sehingga 98% permukaan bumi. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa daripada keseluruhan liputan itu, air tawar hanya berjumlah sekadar 2.5% sahaja manakala selebihnya adalah air masin. Dan daripada jumlah tersebut, sekitar 31% sahaja yang boleh digunakan oleh manusia (accessible). Ini kerana selebihnya berada jauh di dalam pelusuk bumi dan tidak dapat dicapai.

Dan itulah jumlah sebenar air mentah yang dikongsi oleh 6 bilion populasi manusia di bumi. Jika diteliti, disinilah wujudnya keperluan yang amat mendesak untuk mengawalselia penggunaan air yang terhad ini. Penubuhan Lembaga Sumber Air Terengganu merupakan bertujuan untuk menjalankan fungsi ini.

Air datang dengan berbagai bentuk dan keadaan, samada dalam bentuk cecair, wap, pepejal, mengalir, atau bergenang. Pengawalseliaan air dalam setiap keadaan dan bentuk merupakan tugas utama Lembaga Sumber Air Terengganu. Gambar rajah di bawah menunjukkan antara jenis-jenis sumber air yang menjadi fokus kawalseliaan utama oleh LAUT, di samping berbagai lagi jenis air dalam pelbagai bentuk dan keadaan selain yang dinyatakan di dalam gambar rajah di bawah.