Mesyuarat Ahli Lembaga LAUT Bil.1/2020
Mesyuarat Ahli Lembaga LAUT Bil.1/2020
Berdasarkan Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020, selain Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) untuk mengawal selia sumber air secara mapan, ahli Lembaga Pengarah LAUT yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datoβ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar telah dilantik. Selain itu, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi dan Pengarah LAUT sendiri sebagai Setiausaha. Manakala ahli- ahli Lembaga Pengarah yang lain terdiri daripada Penasihat Undang- Undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu, Pengarah Jabatan Saliran dan Pengairan dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).
Mesyuarat sulung ahli Lembaga Pengarah LAUT telah diadakan pada 20 Disember 2020 di Sri Iman, Kediaman Rasmi Menteri Besar. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh kesemua ahli Lembaga Pengarah LAUT dan pegawai-pegawai LAUT.