Perbezaan LAUT, JBA, SATU
Jadual Perbezaan LAUT, JBA dan SATU
LEMBAGA SUMBER AIR TERENGGANU (LAUT) | JABATAN BEKALAN AIR (JBAT) | SYARIKAT AIR TERENGGANU (SATU) | |
---|---|---|---|
Klasifikasi | Badan berkanun Kerajaan Negeri | Jabatan Kerajaan Negeri | Anak syarikat Negeri Terengganu yang dikorporatkan untuk mengoperasi loji rawatan air |
Punca Kuasa | Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020 (ESAT 2020) | Enakmen Bekalan Air | Tertakluk kepada Suruhanjaya Pengurusan Air Negara dan Akta Industri Perkhidmatan Air |
Fungsi | Penasihat Kerajaan Negeri berkenaan dasar-dasar sumber air dalam memastikan pembangunan mapan sumber air negeri dengan melestarikan kualiti dan kuantiti sumber air (Sek. 7 (a), ESAT 2020) | Menguruskan hal bekalan air dan berkaitan dengannya di Terengganu | Merawat air mentah dan membekal air terawat kepada penduduk dan industri di Terengganu |
Melesenkan dan mengawalselia permohonan pihak-pihak yang ingin menjalankan aktiviti di sumber air dan kawasan yang diwartakan | Menyelia aset berkaitan bekalan air | Permohonan dan pendaftaran meter/akaun baru atau penukaran nama akaun meter | |
Menguatkuasakan ESAT 2020 berhubungan dengan pengurusan, penggunaan, pemeliharaan dan pemuliharaanΒ sumber air | Memberi pandangan teknikal terhadap permohonan bagi aktiviti- aktiviti yang boleh memberi kesan terhadap kualiti dan kuantiti air | Mengendalikan aduan berkaitan gangguan bekalan air dan kerja kerja pembaikan paip pecah dan bocor | |
Menggalakkan pembangunan amalan-amalan efisien berkaitan sumber air (kuantiti dan kualiti) | Menyelia projek-projek infrastruktur berkenaan bekalan air |