Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

Glosari

Suatu proses pengalihan, pengambilan, pengepaman, penggubahan atau pemindahan air atau sumber daripada mana-mana sumber air dan kawasan tadahan air.

Air yang diambil dari mana-mana sumber air selain daripada air terawat yang dibekalkan oleh pihak yang membekalkan air terawat.

Pelaksanaan apa-apa kerja atau aktiviti yang melibatkan atau berkemungkinan mempunyai kesan:

  1. memisahkan, mengeluarkan atau menggali bahan daripada sesuatu sumber air yang mengubahkan keadaan dasar, tebing atau persisiran sumber air itu;
  2. menghalang, menakung, melencongkan atau menjejaskan aliran dan pergerakan air di dalam sesuatu sumber air;
  3. mengubahkan keadaan asal sumber air itu;
  4. mengurangkan daya sesuatu sumber air untuk mengandung air; atau
  5. menebus guna tanah yang menjadi sebahagian daripada sesuatu sumber air, dan bagi maksud perenggan (1) dan (2) tafsiran ini, sesuatu aktiviti atau kerja-kerja boleh, tanpa menjejaskan keluasan perenggan itu, terdiri dari pembinaan jambatan, lebuhraya, tambatan, benteng hakisan, pemecah ombak, pembetungan, laluan pejalan kaki, tanjakan bot, tambatan bot, rak ikan, kolam pemeliharaan ikan dan tanda navigasi pada, dalam atau di atas sesuatu sumber air;

Merujuk kepada mana-mana alur air, tasik, air dalam empangan, kolam takungan, sungai, pengairan dan saliran, perairan pantai dan badan air lain, sama ada semulajadi atau buatan dan termasuklah mana-mana badan air yang ditetapkan di bawah Bahagian V ESAT 2020.

Caj termasuklah tarif, deposit atau apa-apa bawaan atau sumbangan berhubung dengan sumber air atau pengeluaran air atau pembekalan sumber air.

Mana- mana kawasan daripada sesuatu sumber air yang menerima aliran permukaan atau bawah permukaan, atau kedua-duanya yang berasal daripada hujan bagi apa- apa maksud kegunaan dan boleh diisytiharkan sedemikian melalui suatu perintah yang boleh dibuat di bawah Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020.

Kawasan tanah yang dari mana semua air larian permukaan yang mengalir melalui suatu jaringan anak sungai dan sungai utama, alur air, kawasan-kawasan tadahan air atau yang berkaitan, saliran perparitan, empangan, saliran dan pengairan pertanian, tanah bencah atau tasik yang berakhir ke laut melalui satu atau lebih muara sungai, delta atau lagun (termasuk sistem air tanah yang berada di dalam kawasan lembangan sungai);

Kawasan sambungan atau pertembungan sungai ke sungai, sungai ke laut, sungai ke lagun, sungai ke tasik atau sungai ke badan air yang sebahagiannya, seketikanya atau tertutup sepenuhnya yang terbuka kepada laut secara tetap atau berkala dan ke dalamnya air tawar mengalir dari daratan dan air laut menerobosi sungai.

Amalan yang menyebabkan air mengalir di atas, atau tersebar, atau mengalir di bawah tanah atau mengekalkan air di atas atau di bawah permukaan tanah termasuk saliran untuk penyingkiran air.

Suatu pelan atau set pelan yang menunjukkan kaedah untuk mengawal saliran air hujan, hakisan tanah, larian endapan semasa pembinaan, penstabilan tapak dan fasa penyelenggaraan pembinaan atau aktiviti gangguan terhada tanah yang lain.

Seseorang yang dibekalkan dengan sumber air atau seseorang yang bertanggungan bagi pembayarar, tarif, caj dan apa-apa bayaran lain atau sumbagan untuk sumber air yang digunakan dan termasuklah seseorang penghuni yang menggunakan sumber air sungai atau air tanah, atau mana-mana badan air atau menakung air hujan secara langsung.

Sungai, lembangan sungai, air tanah, tanah bencah dan badan air yang mana air yang terdapat secara semula jadi sebagai suatu komponen kitaran hidrologi, terutamanya dalam bentuk hujan, saliran air permukaan tanah atau bawah tanah.

Mana-mana sungai, anak sungai, caruk atau lain-lain aliran air semulajadi, dan apa-apa cawangan sungai, alur/delta atau lencongan buatan darinya. (Mengikut Kanun Tanah Negara 1965).