Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

Pewartaan Enakmen Sumber Air Terengganu

Pewartaan-Enakmen-Sumber-Air-Terengganu
Pewartaan Enakmen Sumber Air Terengganu

Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri ke-14 telah meluluskan Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020 pada 12 Ogos 2020. Berdasarkan ESAT 2020, maka ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT).

Pada 1 Disember 2020, Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020 (ESAT 2020) telah diwartakan dan LAUT mula beroperasi secara rasmi pada 01 Disember 2020 yang diketuai oleh YB Dato’ Mohd Azmi Mohammad Daham dan dibantu oleh Timbalan Pengarah LAUT, Puan Safura Mad Juhari serta beberapa kakitangan yang lain bagi pengurusan mapan sumber air di Negeri Terengganu.