Air Tanah
AIR TANAH
Air tanah adalah air yang terdapat di bawah tanah, di celah-celah dan ruang di tanah, pasir dan batu. Ia disimpan dan bergerak perlahan melalui formasi geologi tanah, pasir dan batu yang disebut akuifer. Jumlah isipadu air tanah Malaysia dianggarkan pada 5000 billion m3 (Azuhan, 1999) dan kadar penggunaannya adalah berbeza mengikut negeri-negeri. Antara kaedah pengabstrakan air tanah yang paling meluas di Malaysia ialah melalui telaga air.
(Azuhan, M. (1999). Malaysian groundwater in the next millennium. Proceeding of Groundfos Dealers Conference, Shah Alam, Malaysia)