Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

Pengurusan Bersepadu

Pengurusan Bersepadu
  1. Suatu proses yang menggalakkan penyelarasan pembangunan dan pengurusan air, tanah dan sumber yang berkaitan bagi memaksimumkan hasil ekonomi dan kebajikan sosial dalam cara yang saksama tanpa menjejaskan kemapanan ekosistem.
  2. Antara pelan pengurusan bersepadu yang ada di Malaysia ialah:
    • Pelan Pengurusan Sumber Air Bersepadu
      • Pelan Pengurusan Sumber Air Bersepadu atau dikenali dengan Integrated Water Resource Management (IWRM) merupakan satu proses yang menggalakkan keselarasan di dalam pembangunan dan pengurusan air, tanah dan sumber yang berkaitan ke arah memaksimumkan ekonomi dan kebajikan sosial di dalam cara yang sama tanpa kompromi terhadap kelestarian ekonomi yang utama.
    • Pelan Pengurusan Bersepadu Lembagan Sungai
      • Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu merupakan satu pendekatan di dalam pengurusan sumber air yang mengambil kira segala aspek yang berhubung dengan sumber termasuklah aktiviti sosial dan ekonomi. Ianya adalah suatu skop yang luas yang tidak hanya merangkumi air, malahan juga aspek pengurusan alam sekitar seperti isu guna tanah, kawalan pencemaran, tekanan pembangunan dan pemeliharaan kepelbagaian biologi.
    • Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu
      • Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu secara ringkasnya boleh didefinisikan sebagai satu system pengurusan sumber asli dan alam sekitar yang mengamalkan pendekatan secara bersepadu, holistik dan proses perancangan secara interaktif di dalam menangani isu pengurusan yang rumit di dalam kawasan pantai.