Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

𝐌𝐖𝐀 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌- 𝐓𝐎𝐖𝐀𝐑𝐃𝐒 𝐀 𝐂𝐋𝐄𝐀𝐍𝐄𝐑 𝐅𝐔𝐓𝐔𝐑𝐄: 𝐓𝐇𝐄 𝐙𝐄𝐑𝐎 𝐃𝐈𝐒𝐂𝐇𝐀𝐑𝐆𝐄 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐓𝐈𝐀𝐓𝐈𝐕𝐄

Persatuan Air Malaysia (MWA) telah mengadakan satu forum khas bagi membincangkan salah satu strategi ke alam sekitar yang lebih bersih pada masa akan datang iaitu polisi pelepasan sifar.

Polisi pelepasan sifar ini telah dilaksanakan di Negeri Selangor oleh LUAS melalui peraturan yang telah diwartakan pada Jun 2024. Bersama pewartaan peraturan ini telah diwartakan juga peraturan air kembalian yang menggalakkan pemain industri untuk bersama-sama menjaga kualiti dan kuantiti air pelepasan sebelum dimasuk atau dilepaskan ke dalam sumber air.

Selain itu, SPAN juga dalam proses meminda Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 bagi memastikan mana mana pihak yang menyebabkan kualiti sumber air terjejas dan seterusnya mengakibatkan operasi loji air rawatan ditutup bertanggungjawab di atas kejadian tersebut. LAUT turut sama hadir dan diwakili oleh Cik Syazni Binti Mat Zahib (Pegawai Undang- Undang) dan Cik Norazida Binti Manan (Pegawai Sains).

“𝐅𝐋𝐎𝐖 𝐎𝐅 𝐋𝐈𝐅𝐄”

#LembagaSumberAirTerengganu

#TerengganuMajuBerkatSejahtera

#ZeroDischargePolicy