Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ”ππ‰π”ππ† π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„ π‹π„πŒππ€π†π€ 𝐔𝐑𝐔𝐒 π€πˆπ‘ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ (𝐋𝐔𝐀𝐒)

Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) bersama-sama delegasi Negeri Terengganu yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’ Tun Ahmad Faisal Bin Tun Abdul Razak [Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) / Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu] bersama Yang Berbahagia Dato’ Ir. Dr. Haji Nasehir Khan Bin E.M Yahaya [Pengarah Makmal Kualiti Air, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan (NAHRIM)] merangkap Ahli Lembaga Pengarah LAUT, Puan Safura Binti Mad Juhari [Pengarah LAUT], wakil Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Terengganu dan kakitangan LAUT telah mengadakan Kunjung Hormat ke ibu pejabat Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada bulan Januari yang lepas.

Lawatan ini merupakan salah satu program perkongsian maklumat antara pihak LAUT dan LUAS berkaitan pengurusan sumber air negeri yang mengkhususkan pada inisiatif Zero Discharge Policy (ZDP) yang sedang dilaksanakan di Negeri Selangor melalui Peraturan-Peraturan Pelesenan Pembuangan Air Kembalian dan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Buangan dan Bahan Pencemar Negeri Selangor 2024.

LAUT ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada pihak LUAS di atas jalinan kerjasama ini dan diharapkan setiap perkongsian maklumat melalui lawatan ini memberikan penghasilan yang bermanfaat kepada semua pihak khususnya bagi sektor pengurusan sumber air di Negeri Terengganu dan Selangor.

β€œπ…π‹πŽπ– πŽπ… π‹πˆπ…π„β€

#LembagaSumberAirTerengganu

#TerengganuMajuBerkatSejahtera

#KunjungHormatLAUT