Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀-𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐀𝐑𝐀

Libat Urus Bersama-sama Pengusaha Pasir dalam Negeri Terengganu bagi Pelaksanaan Program Penyelenggaraan Sungai dan Muara adalah salah satu inisiatif Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) bertujuan memberi pencerahan berkaitan perusahaan pasir di negeri Terengganu. Program ini telah diadakan di Dewan Serindit, Kompleks Pentadbiran Kuala Nerus.

Sesi pembentangan telah disempurnakan oleh beberapa agensi jemputan iaitu wakil dari Pejabat Tanah dan Galian Negeri Terengganu (PTG), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Negeri Terengganu (JPS) dan Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) berkaitan garis panduan dan peranan agensi bagi pengurusan dan pengambilan pasir secara mapan terutamanya di negeri Terengganu.

Dalam program ini juga, pengusaha pasir berpeluang mengajukan soalan secara terus kepada agensi berkaitan dalam sesi soal jawab bagi sebarang permasalahan atau isu berbangkit. Semoga penerangan dan taklimat yang telah diadakan ini memberi manfaat bukan sahaja kepada semua pengusaha terlibat bahkan juga kepada semua agensi dalam memastikan penyelenggaraan sungai dan muara yang lebih efektif bagi maslahah bersama.

“𝐅𝐋𝐎𝐖 𝐎𝐅 𝐋𝐈𝐅𝐄”

#LembagaSumberAirTerengganu

#TerengganuMajuBerkatSejahtera

#LibatUrusPengusahaPasir