ππππππ ππππππ πππππ πππππ ππππππππ πππππππ ππππππππππ πππππππ ππππππ πππ ππππππππππ (ππππ) ππππ
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-4 Penubuhan LAUT dan Sambutan Hari Lahir Ahli-ahli Kelab Kebajikan dan Sukan (KESUMA) bagi bulan Julai hingga Disember 2024, pihak Pengurusan LAUT telah mengadakan Majlis Amanat Akhir Tahun Pengarah Bersama Kakitangan Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) 2024 pada 1 Disember 2024 bertempat di Bilik Syarahan, Pejabat LAUT.
Dalam usaha LAUT menjadi antara pengurus sumber air terunggul di Malaysia, komitmen dan semangat berpasukan yang tinggi menjadi teras utama dalam setiap matlamat perjuangan. Rintangan demi rintangan ditempuh untuk menjaga setiap amanah dan tanggungjawab. Semoga LAUT terus maju ke hadapan membawa kecemerlangan di Malaysia dan di negeri Terengganu khususnya.
βTiada jalan singkat untuk BERJAYA,
βTiada jalan mudah untuk BAHAGIA,
βTiada jalan senang untuk GEMBIRA,
βHanya USAHA penentu KEJAYAAN.
“π πππ ππ πππ π”
#TerengganuMajuBerkatSejahtera