Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐈𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐄𝐍𝐀𝐌 (𝐌𝐀𝐍 𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟒)

Mesyuarat Majlis Air Negara ke-6 telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pada 13 September 2024 yang merupakan platform bagi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk meneliti dan membincangkan mengenai pengurusan sumber air negara.

Mesyuarat membincangkan pelbagai isu penting yang berkaitan termasuklah strategi meningkatkan pengawalan kualiti air sungai serta pengukuhan pengurusan dan penyelidikan bahan cemar baharu dalam sumber air Malaysia.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Menteri- Menteri dari Kementerian yang berkaitan serta Menteri Besar atau Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri dari seluruh Malaysia. YAB Dato Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar (Menteri Besar Terengganu) dan YBhg Dato’ Tun Faisal bin Tun Abdul Razak (Pengarah UPEN) mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu turut hadir bersama Puan Safura binti Mad Juhari (Pengarah Sumber Air Terengganu) dan Cik Norazida binti Manan (Pegawai Sains LAUT) mewakili negeri Terengganu.

“𝐅𝐋𝐎𝐖 𝐎𝐅 𝐋𝐈𝐅𝐄”

#LembagaSumberAirTerengganu

#TerengganuMajuBerkatSejahtera

#MesyuaratAirNegaraKeenam