𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐑𝐀𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐅𝐄𝐃𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐒𝐌𝐄
Baru-baru ini LAUT telah memenuhi undangan dari Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu (ICU JPM) untuk hadir dan berkongsi pengalaman melaksanakan ESAT 2020 serta ruang kerjasama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.
Pengarah Sumber Air Terengganu, Puan Safura Mad Juhari, yang baru sahaja pulang dari mesyuarat di Kuala Lumpur, telah sudi meluangkan masa sehingga dua jam untuk berkongsi satu pembentangan bertajuk “ESAT 2020: Pendekatan Monetari Perlindungan Sumber Air”.
Hadirin yang merupakan Pegawai-Pegawai Tadbir Diplomat (PTD) Persekutuan turut sama meneliti saranan Puan Pengarah tentang bagaimana usaha sesebuah negeri dalam mengukuhkan kestabilan ekonominya melalui kaedah dan cara yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan perlu dirai kerana manfaat tersebut bukan hanya akan dikecapi oleh negeri tersebut sahaja tetapi turut akan menyumbang kepada kitaran yang positif kepada ekonomi Malaysia selaras dengan konsep federalisme.
Sambutan yang diterima dilihat sebagai penanda baik ke atas semangat demokrasi persekutuan negara ini.
“𝐅𝐋𝐎𝐖 𝐎𝐅 𝐋𝐈𝐅𝐄”