𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐌𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐒𝐀𝐖𝐈𝐓
Bahagian Penguatkuasaan LAUT telah turun padang ke lokasi kemalangan membabitkan lori muatan sawit berhampiran Hentian Rehat di Kampung Rahmat, Setiu setelah mendapat aduan daripada penduduk setempat. Kemalangan tersebut mengakibatkan tumpahan minyak yang berisiko menyebabkan pencemaran kepada sumber air di alur Sungai Toman berdekatan jambatan menghala ke Kilang Sawit Chalok.
LAUT dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan FGV Palm Industries Sdn Bhd segera berkomunikasi untuk mengambil tindakan kawalan tumpahan di kawasan tersebut.
Namun begitu, secara keseluruhannya ia berjaya dibendung dan dikawal oleh pihak berkaitan. Siasatan ini dijalankan di bawah Seksyen 88 (1) ESAT 2020.
“𝐅𝐋𝐎𝐖 𝐎𝐅 𝐋𝐈𝐅𝐄”