Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐀𝐈𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀-𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐍𝐀𝐕𝐈𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

Lembaga Sumber Air Terengganu telah mengadakan satu sesi Libat Urus bersama Pengusaha- Pengusaha Navigasi Negeri Terengganu pada 18 Februari 2024. Seramai 84 orang pengusaha rumah rakit, house boat dan pengusaha bot telah hadir sama ke sesi dialog bersama YB Datuk Razali Bin Idris yang telah mendengar sendiri pandangan dari para pengusaha. Para peserta juga telah memperoleh penerangan yang jelas tentang hasrat Kerajaan Negeri dalam memastikan industri pelancongan berasaskan sumber air di Tasik Kenyir kekal selamat dan mampu berkembang.

Turut hadir memberikan taklimat ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah Hulu Terengganu, Encik Fairul Hisyam bin Mat yang turut sama disokong oleh wakil semua Pejabat Daerah Negeri Terengganu, Majlis Daerah Hulu Terengganu, Polis Marin, KETENGAH dan UMT.

“𝐅𝐋𝐎𝐖 𝐎𝐅 𝐋𝐈𝐅𝐄”