Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋.𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟑 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄-𝟑 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑 𝐀𝐇𝐋𝐈-𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐔𝐌𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑

Majlis Perjumpaan Pengarah Bersama Kakitangan Bil.4/2023 sempena sambutan Ulang Tahun Ke-3 Penubuhan LAUT dan sambutan Hari Lahir Ahli-Ahli Kelab Kebajikan dan Sukan (KESUMA) bagi bulan Julai hingga Disember 2023 telah diadakan pada 30 November 2023 bertempat di Bilik Syarahan, Pejabat LAUT.

Puan Safura binti Mad Juhari, Pengarah Sumber Air Terengganu telah menyampaikan amanat akhir tahun beliau pada majlis tersebut. Beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua kakitangan atas sumbangan dan pencapaian yang baik sepanjang tahun 2023 ini.

Majlis diteruskan dengan sesi memotong kek dan bergambar sempena sambutan Ulang Tahun Ke-3 Penubuhan LAUT dan sambutan Hari Lahir Ahli-Ahli Kelab Kebajikan dan Sukan (KESUMA) bagi bulan Julai hingga Disember 2023.