𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 (𝐏𝐃𝐊)
Selaras dengan tanggungjawab LAUT menjaga sumber air, kakitangan LAUT yang terdiri daripada Pegawai Diberi Kuasa (PDK) akan terdedah kepada risiko dan bahaya semasa menjalankan tugas di sumber air.
Latihan ini diperlukan untuk memberi kefahaman dan pendedahan asas renang serta tindakan yang perlu diambil oleh PDK sekiranya mengalami kemalangan dan bencana di sumber air.
Latihan yang berlangsung bermula Ogos 2023 sehingga awal November 2023 ini disertai seramai 15 orang PDK LAUT bertempat di Kolam Renang Terengganu Equestrian Resort (TER) dan dikendalikan oleh tenaga pengajar terlatih daripada Blue Shark Swimming – TRG.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar dan semua kakitangan terlibat atas kerjasama dan komitmen penuh dalam menjayakan program ini.