Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

[HEBAHAN] 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐀𝐈𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐞𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐓𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 (𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄) 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀

Sukacita dimaklumkan bahawa pemohon boleh membuat permohonan pembaharuan lesen secara atas talian melalui Sistem eLIS LAUT menggunakan pautan http://elis.laut.gov.my atau imbas kod QR seperti yang tertera dalam poster.

Pemohon boleh membuat permohonan pembaharuan bagi lesen-lesen sebagaimana berikut;

i. Lesen Pengabstrakan Air (Permukaan) (LPAP);

ii. Lesen Pengabstrakan Air (Tanah) (LPAT); dan

iii. Lesen Aktiviti Penggubahan Sumber (LAPS).

Sistem eLIS ini boleh diakses dengan menggunakan Identiti Dokumen (ID) Pengguna iaitu emel yang telah didaftarkan semasa permohonan lesen kali pertama.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Pelesenan di talian +609-6674241/ +6011-3749 3746.