Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

𝐅𝐀𝐌𝐈𝐋𝐈𝐀𝐑𝐈𝐙𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐘 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐄𝐑 𝐎𝐍 𝐖𝐀𝐓𝐄𝐑 𝐐𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐘 𝐌𝐎𝐍𝐈𝐓𝐎𝐑𝐈𝐍𝐆 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌𝐌𝐄 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏

Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) melalui Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan), Dr Nik Nurhazirah binti Nik Omar dan Pegawai Sains, Cik Norazida binti Manan telah menghadiri Familiarization Technology Transfer On Water Quality Monitoring Programme Siri 1 yang berlangsung selama tiga hari.

Program tersebut merupakan anjuran Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) melalui Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar (PKKAAS) dengan kerjasama Jabatan Perhilitan Malaysia telah diadakan di Paya Indah Wetland, Dengkil, Selangor.

Seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi dan syarikat seperti Badan Kawal Selia Air Negeri Melaka, Badan Kawal Selia Air Negeri Johor, Badan Kawal Selia Air Pulau Pinang, Lembaga Urus Air Selangor, Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, Lembaga Air Kuching, Lembaga Air Sibu, Pengurusan Air Selangor, Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd dan Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd.

Program ini telah memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan tasik secara mapan melalui kaedah pemantauan kualiti air tasik berdasarkan Standard Kualiti Air Tasik Malaysia. Peserta juga dibawa ke lapangan untuk melakukan in-situ analisis sampel air tasik dan air kolam dengan menggunakan alat-alat analisis seperti probe multiparamater, secchi disk dan echotest dalam membuat pemantauan kualiti air seperti pH, kekeruhan, bahan terampai, klorofil dan kedalaman tasik.