𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐇𝐀𝐒𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐌𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐄𝐍𝐃𝐎𝐊𝐑𝐈𝐍 (𝐄𝐃𝐂) 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐀𝐈𝐑 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀: 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐒𝐀𝐍𝐀𝐍, 𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍, 𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐔𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐒𝐈𝐎𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈
Jabatan Perkhidmatan Pembentungan, Kementerian Sumber Mineral, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dengan kerjasama bersama Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menganjurkan Bengkel Hasil Dapatan Penyelidikan Kehadiran Bahan Kimia Pengganggu Endokrin (EDC) dalam Sumber Air Di Malaysia: Pengesanan, Rawatan, Impak Kepada Kesihatan Manusia dan Kesan Sosioekonomi di Hotel Zenith Putrajaya.
Bengkel ini telah dihadiri oleh 30 agensi di seluruh Malaysia bagi membincangkan berkenaan EDC yang merupakan antara bahan pencemar sumber air yang perlu diberi perhatian. LAUT diwakili oleh Cik Norazida binti Manan, Pegawai Sains. EDC atau Bahan Kimia Pengganggu Endokrin ialah bahan kimia yang mengganggu hormon semulajadi dalam tubuh badan.
EDC biasanya dijumpai dalam industri, farmasentikal, pembuangan sisa, resit, bungkusan makanan dan botol dan produk kanak- kanan dan penjagaan diri. Impak EDC kepada kesihatan manusia adalah fungsi imunisasi dan penyakit, gangguan metabolik, barah berkaitan hormon, gangguan berkaitan tiroid, kesihatan reproduktif, gangguan saraf tumbesaran pada kanak-kanak dan gangguan tulang.
Kempen kesedaran seperti kitar semula, hindari plastik sekaliguna, pemulangan ubatan berlebihan atau tamat tarikh luput dan guna produk organik perlu diadakan lebih meluas bagi memastikan EDC tidak berleluasa dalam sumber air kita seterusnya masuk ke dalam sistem badan manusia.







