Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈 (𝐕𝐀𝐋𝐔𝐄 𝐀𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐌𝐄𝐍𝐓, 𝐕𝐀) – 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐋𝐎𝐉𝐈 𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐌𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐈𝐏 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈𝐀𝐍, 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈𝐀𝐍

LAUT melalui wakilnya Encik Muhammad Azizul bin Aziz, Jurutera (Pengurusan Projek) telah terlibat dalam program Lawatan Tapak dan Makmal Pengurusan Nilai Peringkat Kajian Nilai (Value Assessment, VA) bagi Projek Loji Rawatan Kumbahan Dan Rangkaian Paip Pembentungan Di Kampung Perhentian, Pulau Perhentian anjuran Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) dengan kerjasama pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Program selama dua (2) hari ini merangkumi lawatan ke perkampungan Pulau Perhentian Kecil (Besut) dan Makmal Pengurusan Nilai Peringkat Kajian Nilai (Value Assessment, Va) di The Grand Renai Hotel (Kelantan) melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) Negeri Terengganu bagi mendapatkan maklumat dan data secara terperinci sebelum cadangan pelaksanaan bagi projek ini dijalankan.