Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

π‰πŽπ”π‘ππ„π˜ πŽπ… 𝐖𝐀𝐓𝐄𝐑 π’π„π“πˆπ” 𝐖𝐄𝐓𝐋𝐀𝐍𝐃𝐒 πŸπŸŽπŸπŸ‘

“π‚πŽππ’π„π‘π•πˆππ† 𝐖𝐀𝐓𝐄𝐑 π‚π€π“π‚π‡πŒπ„ππ“π’ π…πŽπ‘ π’π”π’π“π€πˆππ€ππ‹π„ 𝐖𝐀𝐓𝐄𝐑 π‘π„π’πŽπ”π‘π‚π„π’”

Program JoW Setiu Wetlands 2023 dimulakan dengan Majlis Pembukaan dan flag-off para peserta yang digelar Water Heroes di perkarangan Taman Tasik Kuala Nerus yang telah disempurnakan oleh Pengarah Sumber Air Terengganu, Puan Safura binti Mad Juhari bersama Pengarah Bersekutu- Semenanjung Malaysia& Pasaran WWF-Malaysia,Mr Thiaga Nadeson.

Seramai 50 orang Water Heroes dan sekretariat ini merangkumi kakitangan agensi kerajaan negeri Terengganu, wakil-wakil akademik, wakil komuniti setempat, pemain industri.

Semua Water Heroes telah dibawa ke Checkpoint 1: β€œPaPeDam Exploration” di Empangan Paya Peda bagi melihat sendiri peranan dan fungsi empangan tersebut khususnya. Puan Isalamiah binti Deni, Jurutera Awam (IADA KETARA) turut membawa peseta melawat empangan tersebut dengan lebih dekat.

Di Checkpoint 2: β€œHealthy Forest, Happy Water Catchment” di Lata Tembakah, Encik Hadre bin Mohamad, Penolong Pengarah Silvikutur dan Perlindungan Hutan (Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu) menghuraikan peranan hutan simpan kepada kitaran sumber air. Lebih manis, para peserta berpeluang merasai pengalaman menanam pokok sebagai sokongan kepada Program Penghijauan Malaysia.