Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐ƒ๐€๐๐†๐€๐ ๐๐€๐“๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐„๐๐•๐ˆ๐‘๐Ž๐๐Œ๐„๐๐“๐€๐‹ ๐‡๐„๐€๐‹๐“๐‡ ๐€๐‚๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐๐‹๐€๐ (๐๐„๐‡๐€๐) ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Š๐„-๐Ÿ— ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘

LAUT turut mengambil bahagian dalam Persidangan National Environmental Health Action Plan (NEHAP) Malaysia Ke-9 2023 anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 21 September 2023 bertempat di Hotel Sama Sama, Sepang bertemakan Environmental Health Risks: Standing Up to Protect Everyoneโ€™s Health Each and Every Day melalui wakilnya Encik Rozaimi bin Mat Zin (Pegawai Penguatkuasa) dan Cik Norazida binti Manan (Pegawai Sains).

Objektif persidangan ini adalah untuk mengukuhkan kerjasama di antara kementerian dan agensi selaras dengan aspirasi Pembangunan NEHAP serta memberi pendedahan kepada ahli persidangan mengenai kepentingan pelaksanaan NEHAP Malaysia.

Selaras dengan tema pada tahun ini, empat pembentangan telah disampaikan oleh ahli akademik dari Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) serta wakil dari PETRONAS dan KKM dengan memberi fokus kepada isu dan cabaran kesihatan alam sekitar dalam memperkukuhkan sistem kesihatan persekitaran untuk pelaksanaan matlamat pembangunan mapan.

|๐ˆ๐ฌ๐ง๐ข๐ง | ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘| ๐Ÿ— ๐‘๐š๐›๐ข๐ฎ๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ฅ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ“๐‡|