๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ โ๐๐๐๐๐๐๐๐๐โ
Satu Sesi Libat Urus Cadangan Pembentukan Garis Panduan โGreywaterโ telah dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) bertempat di Ibu Pejabat NAHRIM susulan daripada Bengkel Penentuan Takrifan dan Skop Maksud โGreywaterโ yang telah diadakan pada 14 Jun 2023 yang berkaitan dengan salah satu skop kajian di bawah Projek Penyelidikan dan Penerbitan Garis Panduan (Pengurusan โGreywaterโ dan Teknologi Rawatan Air).
Sesi libat urus ini dihadiri oleh wakil daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Selaku agensi yang mengawal selia sumber air di Negeri Terengganu, LAUT turut hadir dan diwakili oleh Puan Aidasiha binti Daniyan (Penolong Pegawai Undang-Undang).
Hasil dapatan sesi libat urus tersebut ianya merangkumkan bahawa takrifan operasional โgreywaterโ akan ditentukan berdasarkan ruang lingkup (boundary) kajian โgreywaterโ yang sedang dilaksanakan, manakala satu cadangan garis panduan โgreywaterโ akan disediakan untuk menambah baik serta memperkasakan garis panduan sedia ada.
|๐๐๐๐ฎ | ๐๐ ๐๐๐ฉ๐ญ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐| ๐๐ ๐๐๐๐๐ซ ๐๐๐๐๐|