𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐙𝐎𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑
Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) telah memenuhi jemputan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat untuk menyertai Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar bagi Zon Timur pada 20 Ogos 2023 hingga 24 Ogos 2023. Program ini melibatkan beberapa agensi antaranya JAS Negeri Pahang, JAS Negeri Kelantan, JAS Negeri Terengganu, JAS Cawangan, Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan (Badan Kawal Selia Sumber Air) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang (Badan Kawal Selia Air).
Program ini merangkumi pengenalan Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar atau Enviromental Quality Monitoring Programme (EQMP), Analisis Statistik dan Interpretasi EQMP yang akan dijalankan oleh pihak konsesi Pakar Scieno TW Sdn. Bhd. (PSTW). Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar akan berperanan sebagai mekanisme amaran awal bagi kejadian pencemaran alam sekitar seperti jerebu, tumpahan minyak, bencana industri dan pelupusan haram buangan serta toksik berbahaya.
Dalam usaha menangani isu pencemaran air sungai dengan efektif dan sistematik, penggunaan sistem amaran awal EQMP berupaya untuk memacu tindakan awal penguatkuasaan terhadap punca-punca pencemaran alam sekitar. Turut serta dalam program ini adalah Cik Norazida binti Manan (Pegawai Sains) mewakili LAUT.
|𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 | 𝟒 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟑| 𝟏𝟖 𝐒𝐚𝐟𝐚𝐫 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇|