Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) buat julung kalinya turut menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-66 Tahun 2023 Peringkat Negeri Terengganu.
Majlis yang disambut cukup meriah bermula di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan berakhir di Dataran Shahbandar meliputi jarak sejauh 4.3 KM.
Bertemakan βMalaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapanβ, kemeriahan sambutan yang gah dan penuh warna-warni ini dihadiri pelbagai lapisan masyarakat.
Terima kasih dan tahniah kepada semua kakitangan LAUT yang memberi komitmen penuh dan kerjasama yang baik bagi memastikan kelancaran perbarisan kali ini.