Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈-𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐀𝐈𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

KHAMIS, 17 OGOS 2023 – Kesemua 16 Badan-badan Kawal Selia Air (BKSA) seluruh Malaysia telah berhimpun di Hotel Mercure, Pulau Pinang selama hampir dua hari bagi menyertai Mesyuarat Bersama Agensi Pengurusan Sumber Air Negeri. Mesyuarat dwi-tahunan ini merupakan antara platform utama untuk meneliti dan merancang pengurusan sumber air seluruh Malaysia secara bersama dan menyeluruh.

Dipandu oleh Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), YBrs. Ts. Tn. Hj. Hasrolnizam Bin Shaari selaku Pengerusi, mesyuarat ini telah berjaya mengenalpasti beberapa cadangan way forward yang signifikan untuk mengatasi cabaran-cabaran sumber air di Malaysia seperti ancaman El-Nino, keutuhan perundangan BKSA serta tindakan kolektif yang sewajarnya.

Dihoskan oleh Bahagian Kawal Selia Air Negeri Pulau Pinang (BKSA PP), mesyuarat ini juga membuka ruang perkongsian pengetahuan dan mengukuhkan jaringan kerjasama yang sudah sedia erat antara kesemua BKSA serta Bahagian Bekalan Air daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Jabatan Wilayah Persekutuan.

LAUT yang diwakili oleh Puan Safura binti Mad Juhari (Pengarah Sumber Air Terengganu), Cik Syazni binti Mat Zahib (Pegawai Undang-Undang) dan Dr. Muhammad Ashraf bin Abdul Rahman (Pegawai Tadbir) juga tidak melepaskan peluang ini untuk mengemukakan pendapat dan berkongsi pengalaman dalam menguruskan sumber air negeri Terengganu yang unik dan berharga.