Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

TAKLIMAT CUEPACSCARE

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐄𝐏𝐀𝐂𝐒𝐂𝐀𝐑𝐄 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐔𝐓

AHAD, 12 MAC 2023 – Kesejahteraan dan kebajikan kakitangan LAUT adalah sesuatu yang dipandang serius oleh Pentadbiran Laut. Oleh itu, Bahagian Khidmat Pengurusan LAUT dengan kerjasama wakil daripada CuepacsCare telah mengadakan satu sesi taklimat kepada semua kakitangan LAUT untuk memberi penerangan dan pencerahan mengenai fungsi CuepacsCare sebagai salah satu inisiatif alternatif bagi penjawat awam bersama keluarga untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta pada kadar yang mampu.

Program Takaful CuepacsCare membolehkan warga penjawat awam menikmati perlindungan kesihatan yang lebih komprehensif dengan manfaat yang menepati keperluan semasa. Melalui Pelan Perlindungan Kemalangan CUEPACS (CUEPACS PA) pula, ianya akan dapat membantu kakitangan atau ahli keluarga apabila ditimpa kemalangan dan musibah tertentu dari segi meringankan bebanan kewangan.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Ahmad Nazirul Mubin, wakil daripada CuepacsCare.