Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐉 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐄𝐑 (𝐀𝐏𝐒) 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐎𝐍𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐏𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃.

RABU, 14 JUN 2023 – Bahagian Pembangunan Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) telah menerima kunjungan hormat dari Petronas Penapisan Terengganu Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Encik Mohd Asyraf bin Azmey (Production Executive), Encik Mohd Azizul Hikmi bin Fouzi (Head Discpiline Production) dan Puan Siti Fatimah binti Shaik Hussain, Head(Corporate Communication & Administration) bagi memperhalusi kaedah pengiraan serta perbincangan dan pembentangan caj Aktiviti Penggubahan Sumber (APS) yang dikenakan oleh LAUT.

Turut serta dalam sesi perbincangan tersebut ialah Ts. Muhamad Zulhilmi bin Abdul Latif, Jurutera (Pengggubahan Sumber), Encik Mohd Zaid Arqam bin Zainal Abidin, Jurutera (Pengabstrakan Air) dan Encik Mohd Syahmi bin Abdullah (Penolong Jurutera) LAUT.