Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐓 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟑

Kursus Pengurusan Aset Siri 1/2023 berlangsung selama dua (2) hari bermula 20-21 JUN 20 bagi memperkukuhkan pengurusan aset di peringkat jabatan, Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan Siri 1/2023 anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu telah diadakan bertempat di Wisma Darul Iman melibatkan seramai 60 orang wakil daripada setiap jabatan.

Tujuan utama kursus ini diadakan bertujuan memberi lebih pemahaman kepada pegawai yang bertanggungjawab melaksanakan pengurusan aset di jabatan masing-masing merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Malaysia dan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang sedang berkuatkuasa. Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah, Encik Zainal bin Atek @ Abdul Ghani (Pembantu Tadbir Tinggi) dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Puan Wan Norshazwana binti Wan Ali (Penolong Juruaudit), Unit Audit Dalam PSUK Terengganu. LAUT diwakili oleh Encik Mohd Amirul Shafeeq (Penolong Pegawai Tadbir) dan Puan Norhidayah (Pembantu Tadbir (Rekod).