Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐔𝐓 (𝐊𝐄𝐒𝐔𝐌𝐀) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋-𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

KHAMIS, 22 JUN 2023 – Di sebalik kesibukan kakitangan melaksanakan tugas, Kelab Kebajikan dan Sukan LAUT (KESUMA) tidak lupa untuk meraikan sambutan hari lahir ahli-ahli kelab KESUMA yang menyambut hari lahir pada bulan April hingga Jun 2023. Di samping itu, KESUMA juga turut mengagihkan sumbangan kepada ahli-ahli yang melahirkan anak, masuk wad disebabkan kurang sihat atau terlibat kemalangan dan anak ahli yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Sumber Air Terengganu merangkap Penasihat KESUMA, Puan Safura binti Mad Juhari diiringi oleh Pengerusi KESUMA, Encik Rozaimi bin Mat Zin.