Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐀𝐈𝐑 (𝐁𝐊𝐒𝐀) 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆

ISNIN, 15 MEI 2023 – Badan Kawal Selia Air (BKSA) Pahang yang diketuai oleh Jurutera Awam, Puan Khairul Najah binti Ishak bersama pegawai-pegawai yang lain telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT).

Lawatan kerja BKSA Pahang ke LAUT adalah bertujuan untuk mengadakan perbincangan dan sesi perkongsian berkaitan Hasil Sumber Air Mentah Negeri Terengganu, Pengurusan Sumber Air Mentah dan Tadahan, Pengurusan Empangan dan Penguatkuasaan di bawah Enakmen Sumber Air Terengganu (ESAT) 2020.

Semoga jalinan kerjasama antara LAUT dan BKSA Pahang dapat diteruskan pada masa akan datang dan perbincangan ini membawa maklumat yang bermanfaat kepada kedua-dua jabatan.