𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 (𝐈𝐂𝐌) 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐙𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 (𝐈𝐂𝐔𝐙𝐏) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 (𝟐𝟎𝟐𝟐-𝟐𝟎𝟑𝟎) 𝐊𝐄 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔.
ISNIN, 8 MEI 2023 – LAUT telah menerima kunjungan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang diketuai oleh Pengarah LUAS, Ybrs. Ts. Tuan Haji Hasrolnizam bin Shaari bersama pegawai-pegawai LUAS dan wakil daripada agensi-agensi berkepentingan Negeri Selangor iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pejabat daerah dan tanah (PDT).

Kunjungan ini dalam siri Lawatan Teknikal Kajian Semula Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (ICM) dan Pelan Pengezonan Guna Pantai Bersepadu (ICUZP) Negeri Selangor (2022-2030) di Terengganu selama 3 hari.

Lawatan teknikal LUAS ke LAUT adalah bertujuan berkongsi maklumat berkaitan pengurusan pembangunan di kawasan pesisiran pantai dan pemuliharaannya berdasarkan Enakmen Sumber Air Terengganu (ESAT) 2020 serta isu dan cabaran yang dihadapi oleh LAUT.

Semoga dengan lawatan kerja ini hubungan kerjasama antara LAUT dan LUAS dapat diperkukuhkan dan memberi manfaat kepada kedua belah pihak dalam menguruskan sumber air negara.