Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

Kursus Kerja Berpasukan (Team Building) Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT)

BUKIT TINGGI, 2 NOVEMBER 2022 – Kursus Kerja Berpasukan (Team Building) Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) merupakan program yang julung kalinya diadakan sejak penubuhannya pada Disember 2020. Program selama 3 hari 2 malam ini telah berjaya dilaksanakan pada 02 – 04 November 2022 di Colmar Tropicale, Berjaya Hills, Bukit Tinggi yang melibatkan sebahagian besar kakitangan LAUT dan serta pelajar-pelajar Latihan Industri yang ditugaskan sebagai Urus Setia Program.

Kursus Team Building ini diadakan bagi tujuan membina semangat kerja berpasukan, mewujudkan sifat hormat-menghormati, saling membantu serta merapatkan hubungan ukhwah antara satu sama lain.

Berlatar belakangkan alam semulajadi, peserta telah berjaya melaksanakan misi Treasure Hunt Sumber Air dengan pelbagai aktiviti mencabar dan kreatif yang diatur sepanjang menyelusuri daerah-daerah Terengganu hingga ke Bukit Tinggi, Pahang. Manakala aktiviti Jungle Trekking, Paintball & Telematch pula diadakan di kawasan rekreasi Colmar Tropicale, Bukit Tinggi.

Di akhir program, majlis penutup diserikan dengan ucapan penutup oleh Pengarah Sumber Air Terengganu serta tugasan persembahan lakonan, nyanyian, tarian daripada peserta dan penyampaian hadiah. Lensa LAUT turut merakamkan memori kenangan peserta kursus warga LAUT bersama fasilitator pada hari terakhir.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menyelesaikan misi dengan bersemangat.