LAUT Kunjungi EPIC
Pemberitahuan dan penjelasan yang berkesan merupakan elemen penting dalam pelaksanaan sebuah dasar dan undang-undang. Memandangkan LAUT hanya ditubuhkan sejak 1 Disember 2020 manakala punca kuasanya pula diwarta pada 2 September 2021, LAUT perlu memainkan peranan aktif dalam melakukan penyebarluasan berkenaan fungsi dan tugas LAUT kepada orang awam serta pemain industri.
Pada 11 November 2021, Puan Safura Mad Juhari, Pengarah LAUT, telah mengetuai pasukan pegawai dari LAUT yang terdiri daripada Cik Syazni Mat Zahib, Pegawai Undang-undang), En. Zulhilmi Abdul Latif (Jurutera), dan Dr. Muhammad Ashraf Abdul Rahman (Pegawai Tadbir) untuk melakukan sebuah kunjung hormat ke atas Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd., (EPIC).
Kunjungan ini bertujuan untuk mendapatkan sendiri pandangan daripada pihak industri berkaitan industri minyak dan gas tempatan berkenaan kewujudan undang-undang baharu berkaitan sumber air. EPIC dan LAUT saling bertukar pandangan dan LAUT turut mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan fungsi dan kedudukan LAUT dalam isu-isu berkaitan sumber air negeri, termasuk perairan negeri seperti tertulis dalam Akta Laut Wilayah 2012.