LAUT Kuatkuasakan PPADAPS 2021
Antara soalan paling kerap di tanya oleh orang awam ialah “PPADAPS itu apa”?
Umum sudah tahu bahawa Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020 merupakan punca kuasa utama kepada pergerakan dan aktiviti LAUT. Namun, ramai yang tidak sedar bahawa ESAT 2020 adalah sebuah enakmen yang bersifat umum. Oleh itu, untuk melicinkan pergerakan anggota LAUT, sebuah undang-undang kecil kepada ESAT 2020 perlu dihasilkan untuk dijadikan panduan yang lebih terperinci.
PPADAPS 2021 itulah undang-undang kecil kepada ESAT 2020. PPADAPS 2021 merupakan singkatan kepada Peraturan-Peraturan Pengabstrakan Air Dan Aktiviti Penggubahan Sumber 2021, dimana undang-undang subsidiari ini telah memberi penjelasan dan kaedah mengenai hal ehwal pelesenan secara lebih terperinci.
PPADAPS 2021 mempunyai 7 Bahagian dan 38 Seksyen, dimana Bahagian 3 telah memberi penjelasan yang cukup terperinci mengenai cara serta syarat-syarat yang perlu dilakukan dan dipenuhi oleh mana-mana individu atau perusahaan yang ingin memiliki lesen untuk menjalankan aktiviti terkandung di dalam ESAT 2020.