Perundangan
Perundangan LAUT
Lembaga Sumber Air Terengganu merupakan sebuah badan berkanun yang mempunyai punca kuasa yang jelas. Halaman ini memberikan penerangan ringkas mengenai peruntukan Undang-Undang mengenai pengurusan bersepadu mengenai mengawalselia, penggunaan, pembangunan dan perlindungan sumber air di Terengganu yang dikuatkuasakan oleh LAUT.
- Perundangan Utama
- Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020
- Menyentuh pelbagai perkara termasuklah perihal pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air, caj air mentah, kawalan terhadap pencemaran, penguatkuasaan dan sebagainya.
- Membolehkan sebuah Lembaga dibentuk yang akan bertindak sebagai penjaga kepentingan negeri dan penasihat utama kepada Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan perkara yang berkaitan dengan sumber air.
- Membantu dalam menjaga keseimbangan pembangunan sumber air melalui pemeliharaan sumber air sedia ada dan membaikpulih kawasan yang berpotensi sekali gus mengurangkan impak pencemaran dan bencana alam.
- Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020
- Perundangan Subsidiari
- Peraturan-Peraturan Pengabstrakan Air dan Aktiviti Penggubahan Sumber (Terengganu) 2021.
- Memperincikan perihal Lesen Pengabstrakan Air dan Lesen Aktiviti Penggubahan Sumber dari segi takrifan, kadar pengenaan fi proses, fi lesen dan caj, tempoh kelululusan, pihak berkuasa melulus lesen, permohonan dan hal-hal lain yang bersabitan dengan urusan lesen.
- Peraturan-Peraturan Pengabstrakan Air dan Aktiviti Penggubahan Sumber (Terengganu) 2021.
Peraturan-Peraturan Pengabstrakan Air Dan Aktiviti Penggubahan Sumber 2021 (PPADAPS 2021) ini memberi perincian tambahan yang lebih jelas kepada ESAT 2020 tersebut. Buat masa kini, LAUT menumpukan sepenuh perhatian kepada pelaksanaan penuh PPADAPS 2021 terutama dari sudut penerimaan rakyat dan pemain industri.