Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

Pelesenan

Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020 digubal untuk menjaga dan mengawalselia sumber air. Manakala Lembaga Sumber Air Terengganu pula adalah agensi yang menjadi penguatkuasa utama untuk ESAT 2020.

Oleh itu, untuk menjalankan tujuan sebagai agensi penguatkuasa sumber air, LAUT menggunakan kaedah pelesenan selaras dengan Bahagian 6 ESAT 2020. Untuk memastikan kaedah pelesenan ini dapat dijalankan dengan berkesan, LAUT telah menggubal peraturan baharu yang dinamakan sebagai Peraturan-Peraturan Pengabstrakan Air Dan Aktiviti Penggubahan Sumber 2021 (PPADAPS 2021).

PPADAPS 2021 digubal untuk memberi penjelasan secara terperinci mengenai dua perkara, iaitu Abstraksi Air dan Aktiviti Penggubahan Sumber. Kedua-dua aktiviti inilah yang sedang giat dilesenkan oleh LAUT melalui tiga jenis lesen seperti dibawah.

Jika mana-mana individu atau mana-mana perusahaan ingin menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan sumber air, permintaan borang bolehlah dilakukan di sini.