Penguatkuasaan
Punca kuasa LAUT adalah melalui Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020 di mana Enakmen ini memperuntukkan mengenai pengurusan air bersepadu.
OBJEKTIF
Bertanggungjawab bagi segala urusan pengawalan serta Penguatkuasaan undang-undang dijalankan selaras dengan Enakmen Sumber Air (Terengganu 2020) yang telah diwartakan.
PERANAN
Memastikan setiap aktiviti dan pengurusan dapat dilaksanakan dengan berkualiti dan efisien.
CONTOH PENGUATKUASAAN:
- Pemeriksaan premis bagi kepatuhan dalam garis panduan.
- Pengurusan bersepadu.
- Kawal selia air.
- Pemantauan secara berkala.
- Menyiasat aduan yang diterima.
- Pencarian maklumat.
- Memberi perlindungan kepada pemberi maklumat atau aduan.
- Memberhentikan, menggeledah dan menyita aktiviti haram yang berkaitan dengan sumber air.
- Perlucutan hak dan barangan penyitaan.
- Pemberian notis atau pengkompauan.